PENGENALAN

Penyakit kencing manis juga dikenali diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan tinggi kandungan glukosa dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan kepada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis atau diabetes dapat digolongkan sebagai:

 Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

 Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pancreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Sejarah diabetes/kencing manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, China dan Yunani(Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921.

Tanda dan gejala

Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
 Kabur penglihatan.
 Penyakit kulit yang berterusan.
 Luka lambat sembuh.
 Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
 Kebas kaki.

Tanda-tanda lain termasuk:
 Dahaga.
 Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
 Letih dan lesu.
 Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
 Kelemahan otot.
 Kegatalan tanpa ruam.

Faktor-faktor risiko Diabetis
 Berlebihan berat badan / kegemukan.
 Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
 Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
 Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
 Peningkatan umur.
Komplikasi-komplikasi
 Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.
 Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).
 Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma). Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).

Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
 Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
 Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
 Otak-angin ahmar (strok).
 Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
 Jantung- serangan jantung.

Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.
Pengawalan diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
 Penjagaan pemakanan dan berat badan
 Kerap bersenam
 Pengubatan
 Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

Penjagaan diri umum:

 Jagaan kulit
 Mandi setiap hari.
 Keringkan seluruh bahagian tubuh.
 Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
 Jagaan kaki.
 Cuci kaki anda setiap hari.
 Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
 Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
 Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
 Tukar stokin anda setiap hari.
 Jangan berjalan tanpa kasut.
 Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
 Penjagaan gigi
 Pemeriksaan mata secara berkala
 Elakkan alkohol
 Berhenti merokok
 Mengawal pemakanan
 Mengawal berat badan
 Kerap bersenam

Saranan Penawar Diabetes

Baik untuk kesihatan mahupun pemulihan, rata2 produk ini telah dicuba dan diuji dan setakat ini pesakit kronik seperti tekanan jantung, darah dan kolestrol tinggi, kencing manis, gout, asma (lelah) dan yang lain2 telah meminumnya dengan hasil yang positif!

Setelah 5 tahun di Amerika dan lebih dari 150Juta USD telah dibelanjakan untuk mendapat satu produk yang tinggi khasiatnya, sekarang tibalah masanya orang di Malaysia pula menikmati ganjaran, baik dari segi produk yang berkhasiat malah dapat membantu Anda untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga dengan pelan perniagaan yang hebat. Tidak hairanlah CEO/Founder syarikat ini telah dianugerahkan 'Entrepreneur Of The Year 2009' oleh Ernst & Young!!! Dalam pada itu, produk ini diterima guna oleh semua lapisan masyarakat Malaysia (HALAL dari JAKIM) dan mempunyai Lesen Akta Jualan Langsung (AJL) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.